CIRI-CIRI AJARAN AL ARQAM DAN PEGANGANNYA
Diantara ajaran-ajaran pegangan al-Arqam yang salah dan menyeleweng yang boleh menyesatkan umat islam adalah seperti berikut:
1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai imam mahdi
2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah itu daripada baginda.
3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu yang menyebut Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa’ Al-Rasyidin,
4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah an-nisa dengan mendakwa bahawa asal pernikahan hendaklah bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga dan eempat. Ini bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan sekaligus menolak ijma’ ulama tentang hukum nikah.
5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta berdialog dengan baginda. Dakwaan ini melanggar asas syariat islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith belum selesai dan tamat. Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub kepada ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari Muhammad dan mempercayai beliau mempunyai barakah, karamah dan syafaat
6) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun fayakun.) dakwaan ini boleh membawa kepada syirik kerana ia sanggup menyekutukan Allah.
7) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan enakmen agama islam negeri dan undang-undang bertulis yang berkaitan dengaan hal ehwal islam di negeri-negeri dan tidak mematuhi serta menghormati keputusan alim ulama
8) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
10) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
11) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
12) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya
13) Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, waliyang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.
Posting Komentar